Oct 17, 2005

"Tahan Mereka..."

Semua orang di Taman Ilmu dan Budi akan mula ber'perang'. Erm..dah cukupkah bekal makannya? Dah siap peluru dan senjatanya? Segala pesediaan kita:MUJAHID. Tak pasti lagi memungkinkan apa. Berjaya atau gagal? Kun fayakun, Tuhan mementukan segala...

First exam tadi berkenaan ilmu kekeluargaan (dah boleh kawen bak kata seorang sahabat..hehe) Apa yang buat aku tertarik adalah tentang rules yang dijalankan pada masa peperiksaan tadi.

"Sape yang melanggar etika pakaian, maka kertasnya akan dirampas selama 10 minit"

Terus tangan meraba tudung, baju, kain, kasut..ada yang tak kena tak??
(Alhamdulillah...masih cover =)

Erm, aku bangga dengan ketegasan yang dijalankan. Bukan kata aku nak sorak bila kawan-kawan tu dikenakan tindakan tapi sekurang-kurangnya pihak bertanggungjawab menjalankan tugas yang selama ini dimomokkan cuma dalam kertas berjilid.

Bukan aku sorang, ramai yang mengeluh dan meminta agar segala peraturan dalam buku tu dijalankan pada setiap pelajar. Satu sebabnya, mata dah 'sakit' sangat melihat gelagat anak Malaysia yang nak jadi Mat Saleh celup..aduhai..

Nak tahu satu lagu tak? Ini lagu masa aku dan sahabat nyanyi masa di asrama dulu. Nyanyilah sesuka hati korang, yang penting liriknya..

~Pahala pakaian dapat tutup aurat. Dosa pakaian baju singkat seluar ketat
~Pahala tangan dapat berjabat salam. Dosa tangan tampar tempeleng kerana geram
~Pahala duit pergi umrah pergi Haji. Dosa duit tikam toto tikam loteri
~Pahala kaki pergi surau pergi masjid. Dosa kaki ke panggung wayang, ke panggung joget
~Pahala mulut berzikir berselawat. Dosa mulut duduk berlonggok-longgok ngeji ngumpat.
~Pahala telinga dengar qomat dan bang. Dosa telinga dengar gong gendang dondang sayang

Ah, peringatan pada ku juga. Diri masih belum sempurna. Gunakan lah apa yang Tuhan beri sebaiknya atau kita bakal dapat bahana. Erm..na'uzubillah.

Ouh ya, dalam sibuk-sibuk dengan persiapan nak exam, ada juga yang sibuk dengan persiapan nak raya (Eh, mana ada..takde masa lah nak fikir) Err..yeke?? Kalau macam tu takpelah :)

Hah, kita tukar. Dalam sibuk-sibuk nak exam..kita hampir pula lupa nak mengimarah Ramadhan yang sedang cantik membawa berjuta rahmat dan maghfirah dari Tuhan. Allahu akbar!

Erm..berpesan juga pada diri dan menyatakan pesanan sahabat baikku di Darul Aman. Gunakan masa semaksimum mungkin dalam melewati Ramadhan. Barokah, Maghfirah dan Keampunan.

Tuhan berkata.."HambaKu, jika kau datang dengan dosa setinggi gunung pun, kau akan tetap AKU ampunkan"

Kita sering terleka. Moga Tuhan takkan tinggalkan kita semua dalam kusam hati tanpa petunjuk dan kasihNya kerna dosa dan terjal hati kita yang terlalu melampau. Pohon rahmat kasihMu Robb...

No comments: